Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC) 2013
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC) 2013,18-23 NOV 2013. KSL RESORT, JB
Kesan
Amalan Pengupayaan Dalam Kokurikulum: Tinjauan di Empat Buah Sekolah dalam Kawasan
Tangkak, Muar, Johor
Mohd Noramdzan Mohd Yusof1, Yusof Boon1
&
1Fakulti
Pendidikan
Universiti
Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor Malaysia
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan pengupayaan dalam pengurusan
kokurikulum di empat buah sekolah menengah di daerah Tangkak, Johor. Dengan
menggunakan instrumen soal-selidik yang dibina oleh pengkaji, seramai 152 orang responden daripada empat buah sekolah menengah di
kawasan Tangkak telah dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 14.0 bagi menentukan peratusan, min
dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan bahwa (1) tahap pengetahuan guru-guru
tentang amalan pengupayaan berada pada tahap yang sederhana (2) tahap amalan
pengupayaan membuat keputusan dalam bidang pengurusan kokurikulum berada pada tahap yang tinggi,
dan (3) tahap amalan pengupayaan
guru-guru dalam melaksanakan matlamat kokurikulum berada pada tahap yang
tinggi. Sementara itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara responden
lelaki dan perempuan berkaitan pengetahuan mereka tentang amalan pengupayaan,
amalan pengupayaan membuat keputusan dalam bidang pengurusan kokurikulum, dan
amalan pengupayaan guru-guru dalam melaksanakan matlamat kokurikulum.
Kata kunci : Pengupayaan;
Comments
Post a Comment